Tuesday, June 30, 2009

Wow...wow.....boleh claim rupanya

Kelayakan Tuntutan Perjalanan Masa Oncall

Hari ini kami semua menerima surat dari Bahagian Kewangan KKM menerangkan tentang ke'bolehtuntut'an elaun perjalanan to and fro semasa oncall. Surat yg panjang lebar itu dapatlah kami simpulkan bahawa :-

  1. Oncall atau kerja lebih masa - extension dari waktu pejabat i.e. tiada perjalanan pergi / balik adalah TIDAK LAYAK CLAIM
  2. Oncall Pasif atau aktif masa Cuti - perjalanan pergi balik LAYAK CLAIM
  3. Jika diarah datang ke tempat kerja (walau tak berjadual) hari kerja @ cuti - LAYAK CLAIM tapi perlu Akuan Ketua Jabatan
  4. Kelayakan tuntutan hanya untuk maksima 33 km sahaja sekali perjalanan (boleh lebih satu perjalanan sehari jika perlu)
  5. Tuntutan dibuat mengikut jenis kenderaan yang biasa digunakan setiap hari semasa bekerja. Jika menggunakan teksi - hendaklah beri alasan yang munasabah, dan beserta buktinya seperti resit bayaran.
  6. Semua tuntutan hendaklah melalui ketua jabatan (perlu akuan)
Tarikh berkuatkuasa hal-hal tuntutan perjalanan di atas 20 MEI 2009.


Harap INFO ini dapat membantu semua especially para doktor yg tak kesah sangat tentang hal-hal sebegini.

No comments:

Post a Comment