Sunday, June 28, 2009

Kelahiran Blog Medical HSNZ

JABATAN PERUBATAN


Assalamualaikum w.b.r.


Selamat datang ke Laman Blog, Medical HSNZ. Laman ini bukanlah laman yang rasmi, cuma sebagai tempat untuk we all berkongsi maklumat, idea, pengalaman, pengetahuan dan sebagainya. Therefore, segala apa yg ada dlm ni bukanlah suatu yg rasmi datangnya dari pihak HSNZ. Any official statement akan diberikan pautan linknya.

Medical Department diketuai oleh seorang Pakar Perunding Nefrologi, iaitu Dr. Zawawi Nordin, seorang yg begitu dedikasi, kerja 'oriented' tak kenal penat, dan tegas. Terdapat 5 unit sub-kepakaran di bawah jabatan ini iaitu Unit Neurologi di bawah Dr. Zariah Abdul Aziz, Unit Respiratori (Dr. Norhaya), Unit Gastroenterologi (Dr. Azril Haris), Unit Nefrologi (Dr. Zaiha Harun) dan Unit Dermatologi (pakarnya belum ada). Di samping itu terdapat 4 orang lagi pakar perubatan di sini iaitu Dr. Wan Razin, Dr. Termizy, Dr. Zamri dan Dr. Nik Shairuzli. Pegawai-pegawai perubatan (MO) dan MO Siswazah sentiasa bertukar ganti, kecuali mereka yg sedang menjalani latihan sarjana perubatan. Segala urusan yang berkaitan dengan pentadbiran bagi Jabatan dibantu selia oleh Pembantu Tadbir yang penuh pengalaman iaitu Puan Asmawati.

Jabatan Perubatan merupakan department major di HSNZ dan ini ditunjukkan dengan jumlah wad-wad dan 'bed occupancy rate'nya. Wad-wad perubatan ialah 1. Wad 7CD - 7C (nefrologi lelaki), 7D (3rd Class Male), 2. Wad 7EF - 7E (3rd lelaki), 7F (CRW) 3. Wad 8CD - 8C (Neuro ICU), 8D (3rd Female), 4. Wad 8EF - 8E (3rd Female), 8F (2nd Female + Nephro female), 5. Wad 8A (2nd class Male) 6. Wad 7AB (multidiscipline 1st class ward) dan 7. Wad CCU (Unit Rawatan Rapi Jantung).

Manakala klinik yang berjalan di bawahnya (setiap hari dalam seminggu) ialah AHAD (2 klinik) : General Medical dan Neurologi, ISNIN (5 klinik) : Nefrologi, Gastro, Chest, New Case Clinic dan VIP Clinic, SELASA : General Medical, RABU (4 klinik) : Diabetes, Neuro, Nefro dan Cardio, dan hari KHAMIS (2 klinik) : Chest dan Combined-Clinic.

Bagi meningkatkan lagi pengetahuan dan pengalaman di kalangan anggota esp. pegawai perubatan, berbagai program CME dilaksanakan seperti Houseman Case Presentation, Mortality Audit, Journal Club, Short Quiz Discussion, lunch-talk (sponsored) dan Grand Ward Round. Kekadang terdapat juga CME Course yang dianjurkan di bawah kendalian pakar-pakar di Jabatan seperti Medical Update, Neuro Update, Respiratory Update, Gastro Update, Nephro Update, Diabetes Update dan lain-lain program samada di peringkat hospital, negeri ataupun zon timur.

Itulah serba ringkas latar belakang Jabatan Perubatan HSNZ, yang memang terkenal dengan kesibukan wadnya, tetapi keadaan inilah sebenarnya yang memberi peluang kepada semua pegawai perubatan untuk menimba sebanyak mana pengalaman agar dapat mematangkan diri dalam kehidupan sebagai doktor yang penuh mencabar, dan seterusnya akan menjadi doktor yang kompeten dlm memberikan khidmat bakti kepada masyarakat, suatu tugas yang senantiasa dipandang mulia oleh mereka, dan seterusnya dapat memberikan sumbangan yg bermakna kepada negara kita, Malaysia.

No comments:

Post a Comment